Adapun JAN itu ialah bapa segala Jin asal ciptaannya pada awalnya ialah daripada api sebagaimana juga ADAM ialah bapa segala manusia yang ciptaannya pada mulanya ialah daripada tanah. Berdasarkan firman Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 15 maksudnya "Dan Allah menciptakan JAN daripada nyala (lidah) api".
Selepas Jin yang dijadikan daripada lidah api, maka dibentukkan pula menjadi tubuh kekuatan yang tidak boleh dipandang oleh mata manusia. Bahan api yang dijadikan untuk penciptaan Jin adalah lebih ringan daripada udara dengan satu darjat yang sangat kuat. maka tidak hairanlah baginya menembusi sesuatu tanpa halangan atau sekatan. Jin boleh menjelma tanpa halangan kepada rupa bentuk yang lain sama ada dalam bentuk haiwan, tumbuh-tumbuan dan lain-lain lagi. Jika ia mati maka ia kembali kepada unsur kejadiannya iaitu kepada api sebagaimana manusia kembali kepada tanah.
Aku Nak Baca Lagi..
Showing posts with label Jin. Show all posts
Showing posts with label Jin. Show all posts
Tuesday, February 8, 2011
Monday, February 7, 2011
Mengetahui Alam JIN (Rupa Bentuk dan Bilangannya)
Bagaimana rupa bentuk Jin.....Jikalau manusia dapat melihat Jin nescaya lemah longlailah tubuh badan manusia kerana ketakutan dan amat sukarlah manusia menjalani kehidupan di mukabumi ini. Bentuk tubuh badan mereka bermacam ragam....ada yang terlalu tinggi, ada yang terlalu rendah (kenik), ada yang gemuk dan kurus, ada yang berwarna hitam, putih, merah....dan berbagai bentuk kejadian yang tidak diketahui bilangannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui tuhan yang menciptanya dan kita.
Tahukah anda berapakah bilangan Jin. Nisbah bilangan Jin dengan manusia ialah 10:1 mengikut para ulamak dan aulia'. Nisbah bilangan Malaikat dengan Jin dan Manusia adalah 9 bahagian daripada 10 bahagian. Pada 1 bahagian dari 10 bahagian jika dipecahkan lagi adalah 9 bahagian Jin dan 1 bahagian manusia.
Berdasarkan nisbah di atas dapatlah disimpulkan bilangan malaikat, Jin dan manusia seperti berikut:
a) Bilangan malaikat = 90
b) Bilangan Jin = 9
c) Bilangan manusia = 1
Jumlah bilangan bagi ketiga-tiga makhluk tersebut ialah 100.
Jangan lupa siri berikutnya akan datang..... Aku Nak Baca Lagi..

Labels:
Jin
Sunday, February 6, 2011
Mengetahui Alam JIN (Mukaddimah)
JIN....tahukah anda apa itu JIN....Ia adalah makhluk yang dicipta daripada api. Ia tidak boleh di lihat oleh mata kasar manusia. Jin boleh melihat manusia...Firman Allah dalam surah AL-A'raf ayat 27 maksudnya "Sesungguhnya Jin dan para pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tak nampak mereka". Bagaimanakah rupa bentuk Jin....Di mana tempat tinggalnya....Apakah makanannya...Adakah puak Jin berumahtangga......jika anda ingin tahu...sila ikuti pada siri akan datang...
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Jin
Subscribe to:
Posts (Atom)