Monday, February 21, 2011

Home » » Tiada Alasan Bagi Manusia Di Sisi Allah Ta'ala Pada Hari Akhirat.

Tiada Alasan Bagi Manusia Di Sisi Allah Ta'ala Pada Hari Akhirat.

Dinyatakan bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala berhujah dengan empat golongan manusia pada hari kiamat :

1.  Berkata orang kaya : "Wahai Tuhanku, aku adalah orang kaya, maka dengan kekayaanku telah 
     menyibukkanku, sehingga meninggalkan ibadat kepada engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman : "Kamu masih
     belum lebih kaya daripada Nabi Sulaiman, dan kekayaannya tidak menghalanginya beribadat kapadaKu.

2.  Berkata seorang hamba : "Wahai Tuhanku, aku adalah hanya seorang hamba, dan keadaanku selaku
     seorang hamba telah menghalangi saya untuk beribadat kepada Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman 
     kepadanya : "Sesungguhnya Nabi Yussof tidak terhalang oleh keadaanya selaku seorang hamba untuk
     beribadat kepadaKu".

3.  Berkata orang fakir : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya keperluanku untuk hidup telah membuatku terhalang 
     untuk beribadat kepada Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman kepadanya : "Kamu ataukah Nabi Isa yang 
     lebih berkinginan? Dia tidak terhalang oleh kefakirannya untuk beribadat kepadaKu".

4.  Berkata orang yang sakit: "Wahai Tuhanku, penyakitku telah membuat aku terhalang untuk beribadat  
     kepada  Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman : "Penyakitmu yang lebih berat ataukah penyakit Nabi Ayub? 
     Dan penyakitnya tidak menghalanginya untuk beribadat kepadaKu".

Dengan hujah tersebut tiada seorangpun yang dapat memberi alasan di sisi Allah Ta'ala pada hari Akhirat.

No comments:

Post a Comment