Wednesday, February 23, 2011
Petua Mencegah Demam Kuning Bagi Bayi Baru Lahir
Mmmmmm......berdehem pula cucutokminah hari ni. Maklumlah penat buat kerja cat mengecat epoksi lantai kat bengkel. Walaubagaimanapun cucutokminah nak bagi satu petua kepada kaum hawa yang sedang berbadan dua. Bagi kaum Adam tak payah bersusah payah nak pakai petua ni. Petuanya bagaimana nak menjauhi bayi yang baru lahir daripada terkena penyakit demam kuning atau JAUNDICE mengikut saintifik.Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Walaupun penyakit ini biasa terjadi tetapi ia boleh mengancam nyawa bayi jika tiada rawatan yang sewajarnya. Lebih perit lagi apabila bayi di tahan diwad dan di letak dibawah cahaya ultra-ungu. Tak tidur siang malam bagi ibu bapa jawabnya. Untuk mengelak perkara ini berlaku petua ini bolehlah amalkan bagi ibu-ibu yang sedang mengandung. Kalau boleh peringkat kandungan pada masa bulan ketiga hingga due date. Petuanya adalah minum air kelapa muda yang tulen (tidak dicampur dengan bahan lain sama ada gula, ais, soda dan sebagainya) selang sehari. InsyaAllah penyakit demam kuning tidak terkena pada bayi puan-puan. Selamat mencuba.
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Kesihatan
Monday, February 21, 2011
Tiada Alasan Bagi Manusia Di Sisi Allah Ta'ala Pada Hari Akhirat.
Dinyatakan bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala berhujah dengan empat golongan manusia pada hari kiamat :
1. Berkata orang kaya : "Wahai Tuhanku, aku adalah orang kaya, maka dengan kekayaanku telah
menyibukkanku, sehingga meninggalkan ibadat kepada engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman : "Kamu masih
belum lebih kaya daripada Nabi Sulaiman, dan kekayaannya tidak menghalanginya beribadat kapadaKu.
2. Berkata seorang hamba : "Wahai Tuhanku, aku adalah hanya seorang hamba, dan keadaanku selaku
seorang hamba telah menghalangi saya untuk beribadat kepada Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman
kepadanya : "Sesungguhnya Nabi Yussof tidak terhalang oleh keadaanya selaku seorang hamba untuk
beribadat kepadaKu".
3. Berkata orang fakir : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya keperluanku untuk hidup telah membuatku terhalang
untuk beribadat kepada Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman kepadanya : "Kamu ataukah Nabi Isa yang
lebih berkinginan? Dia tidak terhalang oleh kefakirannya untuk beribadat kepadaKu".
4. Berkata orang yang sakit: "Wahai Tuhanku, penyakitku telah membuat aku terhalang untuk beribadat
kepada Engkau". Maka Allah Ta'ala berfirman : "Penyakitmu yang lebih berat ataukah penyakit Nabi Ayub?
Dan penyakitnya tidak menghalanginya untuk beribadat kepadaKu".
Dengan hujah tersebut tiada seorangpun yang dapat memberi alasan di sisi Allah Ta'ala pada hari Akhirat.
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Agama
Sunday, February 20, 2011
Petua Kuruskan Badan Tapi Berisi
Ini satu lagi cucutokminah nak bagi petua jaga badan nampak kurus tapi berisi. Petua ini hendaklah diamalkan setiap hari dan kosnya tidaklah semahal mana. Tetapi petua ini dilarang sama sekali bagi kaum hawa yang berbadan dua dan individu yang mengalami masalah kesihatan kronik. Petuanya begini....
1. Ambil 10 biji lada hitam dan goreng tanpa minyak sehingga naik bau.
2. Kemudian kisar lada hitam tersebut sehingga hancur halus.
3. Kemudian campur dengan segelas air suam dan minum setiap pagi.
Itu sahaja, selamat mencuba.
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Kesihatan
Wednesday, February 16, 2011
SKILLS MALAYSIA
Pada ketika ini cucutokminah bersama-sama rakan dalam perjalanan ke shah alam dengan tujuan berentap dalam pertandingan myskills. jika tiada aral melintang inilah kali pertama cucutokminah masuk pertandingan mykills. Pada mulanya cucutokminah tak mahu masuk.....nak wat cam mana boss suruh masuk....terpaksa ikut ajelah.....menang kalah lain kira. Apa yang penting pengalaman dulu....bila ada pengalaman barulah kita fikir tahun depan apa itu platinun, emas, perak dan gangsa. Walaubagaimanapu pada tahun ni cucutokminah pohon blogers dan rakan-rakan doakan supaya cucutokminah berjaya. Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Pertandingan
Tuesday, February 15, 2011
Maulidur-Rasul
Kepada pembaca blog ini khas untuk muslim saya ucapkan selamat menyambut maulidur-rasul. Kita sebagai pewaris teruskanlan syariat yang dibawa oleh Rasulullah dengan iman dan taqwa. Buatlah apa yang disuruh dan tinggalkanlah apa yang dilarang.
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Agama
Sunday, February 13, 2011
MALAWI AKAN MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG SYYYYYY?????
MALAWI sebuah negara yang terletak di tenggara Afrika terdahulu dikenali sebagai Nyasaland akan menguatkuasakan undang-undang "KENTUT" di tempat awam jika di luluskan oleh Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi. Satu sejarah bagi dunia yang merupakan negara pertama menguatkuasa undang-undang tersebut. Sesiapa yang berkentut ditempat awam akan dikenakan hukuman jika didapati bersalah.
Kentut ada dua jenis.....Jenis yang pertama apabila berkentut akan terhasilah satu bunyi letupan.....manakala jenis yang kedua apabila berkentut akan terhasilah satu bunyi "syyyyyy" yang agak senyap. Jenis yang kedua paling bahaya kepada alam sekitar. Jenis yang kedua ni juga amat sukar dikesan siapakah yang berkentut ditempat awam jika dikuatkuasakan. Bagi anda yang banyak berkentut tidak digalakkan melancong ke Malawi. Bagi anda patutkah atau tidak undang-undang ini dikuatkuasakan?????????
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Senyum
Saturday, February 12, 2011
HOSNI MUBARAK TERSUNGKUR DITANGAN RAKYAT
Kuasa Allah Taala tiada sesiapapun yang boleh lawan. Hari ini Dia naik seseorang kepuncak dan esok lusa Dia jatuhkan seseorang turun kebawah. Itulah yang berlaku kepada Hosni Mubarak berumur 82 tahun yang memerintah Mesir selama 30 tahun telah kecundang ditangan rakyat.
Kepada pemimpin-pemimpin politik ambillah pengajaran daripada peristiwa ini. Peganglah amanah Allah yang berikan kepada kamu. Jadilah pemimpin yang berkebajikan kepada rakyat bawahan. Jangan jadi pemimpin untuk kepentingan peribadi....bapa kenyang anak kelaparan. Rakyat sentisa pandang dan perhati apa yang kamu lakukan.
Aku Nak Baca Lagi..
Labels:
Politik
Subscribe to:
Posts (Atom)