Tuesday, February 8, 2011

Home » » Mengetahui Alam JIN (Unsur Kejadian Jin)

Mengetahui Alam JIN (Unsur Kejadian Jin)

Adapun JAN itu ialah bapa segala Jin asal ciptaannya pada awalnya ialah daripada api sebagaimana juga ADAM ialah bapa segala manusia yang ciptaannya pada mulanya ialah daripada tanah. Berdasarkan firman Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 15 maksudnya "Dan Allah menciptakan JAN daripada nyala (lidah) api".
Selepas Jin yang dijadikan daripada lidah api, maka dibentukkan pula menjadi tubuh kekuatan yang tidak boleh dipandang oleh mata manusia. Bahan api yang dijadikan untuk penciptaan Jin adalah lebih ringan daripada udara dengan satu darjat yang sangat kuat. maka tidak hairanlah baginya menembusi sesuatu tanpa halangan atau sekatan. Jin boleh menjelma tanpa halangan kepada rupa bentuk yang lain sama ada dalam bentuk haiwan, tumbuh-tumbuan dan lain-lain lagi. Jika ia mati maka ia kembali kepada unsur kejadiannya iaitu kepada api sebagaimana manusia kembali kepada tanah.

No comments:

Post a Comment