Monday, February 7, 2011

Home » » Mengetahui Alam JIN (Rupa Bentuk dan Bilangannya)

Mengetahui Alam JIN (Rupa Bentuk dan Bilangannya)

Bagaimana rupa bentuk Jin.....Jikalau manusia dapat melihat Jin nescaya lemah longlailah tubuh badan manusia kerana ketakutan dan amat sukarlah manusia menjalani kehidupan di mukabumi ini. Bentuk tubuh badan mereka bermacam ragam....ada yang terlalu tinggi, ada yang terlalu rendah (kenik), ada yang gemuk dan kurus, ada yang berwarna hitam, putih, merah....dan berbagai bentuk kejadian yang tidak diketahui bilangannya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui tuhan yang menciptanya dan kita.

Tahukah anda berapakah bilangan Jin. Nisbah bilangan Jin dengan manusia ialah 10:1 mengikut para ulamak dan aulia'. Nisbah bilangan Malaikat dengan Jin dan Manusia adalah 9 bahagian daripada 10 bahagian. Pada 1 bahagian dari 10 bahagian jika dipecahkan lagi adalah 9 bahagian Jin dan 1 bahagian manusia.

Berdasarkan nisbah di atas dapatlah disimpulkan bilangan malaikat, Jin dan manusia seperti berikut:

a) Bilangan malaikat = 90

b) Bilangan Jin = 9

c) Bilangan manusia = 1

Jumlah bilangan bagi ketiga-tiga makhluk tersebut ialah 100.

Jangan lupa siri berikutnya akan datang.....

No comments:

Post a Comment